Kejam! Bahagian Kepala Model Wanita Ditemui Dalam Periuk Sup

Susulan pembunuhan kejam seorang model wanita dari China berusia 28 tahun yang dikaitkan dengan keluarga bekas suaminya, pihak berkuasa Hong Kong kini telahpun menemui bahagian kepala mangsa.

kejam! bahagian kepala model wanita ditemui dalam periuk sup

Insiden ngeri itu dilaporkan selepas cebisan mayat model berkenaan, Abby Choi ditemui disebuah kampung yang menjadi tempat penyembelihan mangsa. Polis kemudian menemui anggota badan dan cebisan mayat mangsa yang lain dalam sebuah peti sejuk, namun bahagian kepala mangsa dilaporkan hilang.

 

Hasil siasatan pakar forensik kemudian menemui kepala mangsa dalam salah satu periuk sup di sebuah rumah dekat Kampung Lung Mei di daerah Tai Pao. Dalam periuk itu terdapat tulang rusuk dan daging cincang namun pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada ia adalah daging manusia atau sebaliknya.

 

Menurut laporan, tengkorak itu masih dalam keadaan sempurna, namun dipercayai terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya. Rambut mangsa juga sudah tidak lagi melekat pada tengkorak yang sedang dimasak itu.

 

Ekoran itu, suspek utama iaitu bekas suami mangsa bersama abang serta ibu bapanya telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu penyiasatan.

 

Pihak polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik Abby. Bahagian tubuh lain seperti lengan juga masih hilang dan polis kini meneruskan pencarian untuk bahagian lain.

 

 

Sumber: Astro AWANI