Polis Evo 3 dan Fast X Kini Ditayangkan di Astro First, Hanya RM15 Untuk 48 Jam!

Filem box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 dan filem besar Hollywood Fast X (Fast Furious 10) tiba Di Pawagam Rumah Anda, Astro First! Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, Polis Evo 3 boleh mula dilanggan di Astro First bermula 10 Ogos, manakala Fast X bemula 2 Ogos.

polis evo 3 dan fast x kini ditayangkan di astro first, hanya rm15 untuk 48 jam!

Astro First membawakan dua filem dari francais blockbuster di Astro First dan penonton boleh melanggan dengan harga RM15 untuk 48 jam. Bagi penonton yang belum berpeluang untuk menyaksikan filem ini atau mahu ulang tonton, boleh menyaksikan Polis Evo 3 dan Fast X bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai di rumah atau di mana-mana melalui strim di platform Astro Go dan On Demand.

 

Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

 

Fast X membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster,  Ludacris, Sung Kang, Joh Cena dan ramai lagi. Fast X (Fast 10) memfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante. Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.

polis evo 3 dan fast x kini ditayangkan di astro first, hanya rm15 untuk 48 jam!

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48jam. Layari laman web Astro untuk info lanjut.