Atasi Rekod Lampau, Polis Evo 3 Kutip RM25 Juta Dalam Tempoh Seminggu, Hebat!

Filem terbaharu yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam, Polis Evo 3, terus mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mengaut RM 25 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi dan 1 hari tayangan awal, berbanding RM 23 juta dalam tempoh 44 hari untuk filem Polis Evo 2.

atasi rekod lampau, polis evo 3 kutip rm25 juta dalam tempoh seminggu, hebat!

Rekod itu menjadi penanda aras positif khasnya kepada cita rasa penonton di negara ini.

kutipan hari pertama polis evo 3 melebihi fast x dua kali ganda!

“Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu.

“Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas. Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam.

“Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3.

“Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan anda. Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” demikian menurut Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Berikut pula antara reaksi netizen terhadap filem ini, termasuk juga pada karakter Reza, lakonan Sharnaaz Ahmad.

atasi rekod lampau, polis evo 3 kutip rm25 juta dalam tempoh seminggu, hebat!

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

atasi rekod lampau, polis evo 3 kutip rm25 juta dalam tempoh seminggu, hebat!

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.