Polis Beri Amaran Scam Guna Paparan Mirip Website PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran kepada orang ramai berhubung satu sindiket penipuan yang menggunakan paparan mirip portal rasmi PDRM bagi memperdayakan orang ramai.

 

Menurut PDRM, helah sindiket penipuan itu memaparkan notifikasi "Your browser has been locked!" yang mendakwa anda sebagai pengguna internet telah melayari laman sesawang berunsur lucah, propaganda, keganasan dan lain-lain.

 

“Pengguna seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan di dalam peranti yang digunakan akan musnah jika gagal membuat pembayaran, bersama ugutan bahawa sepasukan anggota polis akan datang membuat tangkapan,” jelas PDRM.

polis beri amaran scam guna paparan mirip website pdrm

Justeru orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menemui laman sesawang yang mencurigakan.

 

Sumber: PDRM