Pokok Sena Pada Tahap 2 Cuaca Panas, 15 Lagi Kawasan di Malaysia Tahap 1

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap 2 di kawasan Pokok Sena, Kedah pada 27 Feb 2024.

 

Untuk info, tahap 2 cuaca panas adalah pada kategori gelombang haba yang mana suhu maksimum harian adalah melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

 

Dalam satu kenyataan, METMalaysia turut menyenaraikan 15 lagi kawasan di Malaysia yang berada pada tahap 1 berjaga-jaga pada tarikh tersebut, antaranya Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang di Kedah.

pokok sena pada tahap 2 cuaca panas, 15 lagi kawasan di malaysia tahap 1

Kawasan lain yang berada pada tahap 1 termasuk Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang, Kuala Kangsar di Perak, Sepang di Selangor dan Beaufort di Sabah.

pokok sena pada tahap 2 cuaca panas, 15 lagi kawasan di malaysia tahap 1

Tahap 1 berjaga-jaga adalah kawasan yang merekodkan bacaan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

 

Sumber: MET Malaysia