Bank Thailand Terima Pokok Durian Kalau Nak Mohon Pinjaman Kewangan

Siapa sangka musim buah durian yang kini tiba di negara kita ketika ini adalah sangat berharga buat penduduk di negara jiran, Thailand.

bank thailand terima pokok durian kalau nak mohon pinjaman kewangan

Ia selepas bank tempatan di Thailand sanggup menerima pokok berharga seperti durian dan nangka sebagai cagaran untuk memohon pinjaman kewangan.

.

Penggunaan pokok berharga sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bank telah mencapai banyak kejayaan sehinggakan Perdana Menteri Thailand menggalakkan lebih ramai penduduk kampung menanam banyak lagi pokok sedemikian.

.

Antara pokok berharga lain seperti jati, asam jawa, kayu hitam dan kayu hitam Burma.

bank thailand terima pokok durian kalau nak mohon pinjaman kewangan

“Skim cagaran pokok berharga semakin mendapat perhatian penduduk tempatan dan mereka  semakin berminat untuk memulakan tanaman tersebut.

“Ini adalah salah satu langkah Perdana Menteri untuk meningkatkan kawasan hijau di negara ini dan dalam masa sama, memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan pinjaman kewangan,” kata Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek.

.

Menurut rekod, sehingga 20 Mei lalu sebanyak 146,000 pokok telah didaftarkan sebagai cagaran untuk pinjaman bernilai 137 juta baht (RM17 juta).

.

Sumber: [1]