Pertama Di Malaysia, Podcaster Tempatan Diiktiraf Pada Anugerah Podcast SYOK 2022

Menjadi yang pertama kali seumpamanya dianjurkan di negara ini, para penggiat podcast atau podcaster tempatan telah diiktiraf atas usaha dan bakat mereka.

pertama di malaysia, podcaster tempatan diiktiraf pada anugerah podcast syok 2022

Penggiat podcast di Malaysia dan kisah inspirasi mereka diiktiraf di ‘Anugerah Podcast SYOK 2022’ yang berlangsung pada 28 Disember, di Simply Live by Tin Box Kuala Lumpur. Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan undian rakyat Malaysia untuk podcast kegemaran mereka menerusi laman rasmi SYOK dari 1 hingga 22 Disember 2022.

pertama di malaysia, podcaster tempatan diiktiraf pada anugerah podcast syok 2022

Calon-calon 'Anugerah Podcast SYOK 2022' dalam lima kategori merangkumi pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

 

Kategori

Pemenang

SYOK Podcast of the Year

  • Inggeris: The Podball Sportcast
  • Bahasa Malaysia: Confession Bilik Gelap
  • Cina: Moon Parenting
  • Tamil: Raagavil Marma Desam

SYOK Most Popular Podcast

  • Inggeris: Let’s Talk Marketing with Ceddy
  • Bahasa Malaysia: Ultras Kuaci
  • Cina: Nelson & Huan
  • Tamil: Raagavil Marma Desam

SYOK Favourite Podcast Episode

  • Inggeris: The C Word S4E3
  • Bahasa Malaysia: KINABALUMPUR EP9
  • Cina: Malaysian Roads EP5
  • Tamil: Pei Diary EP1

Favourite Radio Podcast

  • Inggeris: HITZ Morning Crew Rewind
  • Bahasa Malaysia: Pagi Di SINAR
  • Cina: GOXUAN Pick
  • Tamil: Best of Hyper Maalai

Favourite Independent Podcast

  • PodcasThinker
  • Studio Sembang
  • TTYL: Talk To You Later

Pemenang dinilai berdasarkan ketulenan, keunikan, penceritaan, jumlah pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses pencalonan. Rakyat Malaysia telah membuang undi untuk kesemua lima kategori, termasuk dua kategori: ‘SYOK Podcast of the Year’ dan ‘Favourite Independent Podcast’ juga menerima pernilainan daripada pihak juri-juri profesional.

 

Tahniah kepada semua pemenang!