Satu Lagi Berita Baik Bakal Diumum PM Menjelang Aidilfitri Tahun Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

satu lagi berita baik bakal diumum pm menjelang aidilfitri tahun ini

Demikian menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi ciapannya di Twitter.

 

“Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa.

 

Rata-rata warganet mengharapkan pengumuman itu adalah berkenaan dengan pemberian tol secara percuma sempena Hari Raya ini. Malah ada yang berharap pengumuman itu adalah berkenaan cuti tambahan sempena perayaan.

 

 

Sumber: Twitter