PLUS Aktifkan Lorong ‘Smartlane’ Di Highway Senai Ke Kulai Sempena Raya Haji

Bagi melancarkan trafik ketika musim perayaan Aidiladha 2023, pihak PLUS akan mengaktifkan ‘smartlane’ di KM19.0 hingga KM27.0 pada 28 Jun 2023 sehingga 2 Julai 2023.

 

Ia melibatkan Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara), yang akan bermula daripada jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang, pada tarikh yang dinyatakan.

plus aktifkan lorong ‘smartlane’ di highway senai ke kulai sempena raya haji

Tujuan pengaktifan ‘smartlane’ ini adalah bagi menambah kapasiti lorong sedia ada, serta membantu melancar dan menyuraikan trafik ketika musim perayaan Aidiladha 2023.

“Pengaktifan ‘Smartlane’ juga akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa dengan kerjasama dan pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta petugas Lebuhraya PLUS di lokasi,” demikian menurut PLUS dalam satu kenyataan.

 

Dalam pada itu, PLUS turut menasihatkan agar pemandu dan penunggang saling menghormati pengguna lebuh raya yang lain, mengamal kelajuan yang sesuai dan sentiasa berhati-hati.

 

Ikuti Twitter PLUS untuk info lanjut berkenaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan, dan Astro Radio Traffic untuk jalan-jalan lain di seluruh negara.

 

Sumber: PLUS