Tak Jadi Laksana 2024, PLKN Akan Bermula Pada 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan dijalankan pada tahun 2024, sebaliknya ia akan hanya dimulakan pada tahun 2025.

tak jadi laksana 2024, plkn akan bermula pada 2025

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berikutan pelaksanaan program itu tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024 seperti yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu.

Ujarnya, untuk menggunakan 13 kem wataniah di seluruh negara bagi pelaksanaan PLKN, kem-kem itu perlu dinaiktaraf terlebih dahulu secara ‘one off’.

 

Katanya lagi, Kementerian Pertahanan akan bersama dengan semua pemegang taruh terutamanya NGO dan masyarakat bagi memperincikan mekanisme pelaksanaannya.

tak jadi laksana 2024, plkn akan bermula pada 2025

Beliau berkata sedemikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, baru-baru ini.

 

Terdahulu, beliau memaklumkan pelaksanaan semula PLKN yang telah dimansuhkan pada 2018, melibatkan dua fasa iaitu:

  • Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan 4 melalui silibus Kementerian Pendidikan yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.
  • Manakala pelajar Tingkatan 5 yang dikecualikan menjalani latihan pada Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuh peperiksaan SPM akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.

 

Sumber: Astro AWANI