Bakal Bermula 2025, PLKN 3.0 Mungkin Tak Libatkan Pelajar Sekolah

Pelajar-pelajar sekolah mungkin tidak akan dilibatkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 jika ia dilaksanakan kembali, kelak.

bakal bermula 2025, plkn 3.0 mungkin tak libatkan pelajar sekolah

Demikian menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam pertimbangan untuk disesuaikan dengan peringkat umur perserta.

 

"Ia (PLKN 3.0) mungkin tidak akan melibatkan pelajar yang masih bersekolah, mungkin (dilaksanakan) selepas sekolah dan yang nak masuk universiti.

"Itu semua kita sedang timbang. Kita ambil perhatian semua kebimbangan tersebut untuk kita sesuaikan ikut umur, dan kita masih belum muktamadkan," katanya.

 

Beliau berkata lagi, PLKN 3.0 tidak akan dilaksanakan pada tahun ini (2024), dan hanya akan dijadualkan bermula pada tahun hadapan (2025).

bakal bermula 2025, plkn 3.0 mungkin tak libatkan pelajar sekolah

"Kita belum muktamadkan dan masih berunding. Ada dua komponen, satu kenegaraan dan satu lagi ketenteraan.

"Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincang bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana ada eleman perpaduan dalam masyarakat dan aspek ketenteraan akan dibuat oleh Mindef," katanya lagi.

 

PLKN 3.0 dijadual diadakan semula pada tahun 2024 dengan menyasarkan 80 peratus elemen latihan ketenteraan dan 20 peratus lagi kenegaraan. Ia mungkin akan dijalankan di 13 Kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di seluruh negara.

 

Sumber: Astro AWANI