PLKN 3.0 Bakal Dilaksana Kembali, Latihan Selama 45 Hari di Kem Tentera

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018, akan dilaksanakan semula dengan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 orang pelatih.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

"Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

"Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan 'template' (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

"Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Ujar beliau, pelaksanaan PLKN 3.0 akan merangkumi dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan 4 di sekolah menerusi badan beruniform.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

"Selepas itu, mereka yang selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih dan diambil (dalam) apa yang disebut sebagai latihan fasa kedua. Ini lebih kepada latihan disiplin dan ketenteraan.

"Itu sebab dia punya cadangan supaya pusat latihan ini diadakan di kem tentera. Kita ada Pusat Latihan Askar Wataniah sebanyak 13 di seluruh negara serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dapat menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang," kata beliau.

 

Sepanjang 45 hari latihan, 90 peratus modul adalah latihan sebagai anggota tentera dan 10 peratus latihan kewarganegaraan. Selepas tamat latihan, pelatih akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis.

 

Sumber: BH