Syarikat farmaseutikal, Pfizer kini dalam perancangan untuk meminta kelulusan Badan Kawal Selia Amerika Syarikat bagi meluluskan dos vaksin tambahan atau booster pada bulan depan.
Menurut Pfizer, ia adalah berdasarkan bukti wujudnya risiko jangkitan semula yang lebih tinggi selepas enam bulan menerima suntikan.
Tambah lagi, wujudnya penyebaran varian Delta juga menjadi penyebab perlunya dos ketiga itu, seperti yang dimaklumkan Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten.
Katanya, vaksin Pfizer juga sangat aktif terhadap varian Delta, namun selepas enam bulan ada kemungkinan wujudnya risiko jangkitan semula apabila antibodi diramalkan semakin berkurang.
Meskipun imuniti seseorang dilaporkan berkurang selepas enam bulan menerima dua dos suntikan vaksin, Dolsten menegaskan ia masih berada pada tahap 95 peratus berkesan terhadap simptom kronik.
Dos ketiga atau dos penggalak itu akan menghasilkan antibodi lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi selepas seseorang itu melengkapkan dua dos pertama. Ia juga akan menjadi pelindungan tambahan dan sangat penting kepada mereka yang berisiko tinggi dan juga warga emas.
Jika penggunaan dos penggalak ini diluluskan, pihak Pfizer perlu mencari jalan untuk meningkatkan penghasilan vaksin kerana permintaan terhadap vaksin pastinya akan meningkat.
Sumber: Astro AWANI