Pfizer Mula Hasilkan Vaksin Baru Melawan Omicron

Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer kini sudah pun mula menghasilkan vaksin COVID-19 yang disasarkan untuk melawan varian baharu, Omicron.

vaksin sedia ada ‘kurang berkesan’, pfizer mula hasilkan vaksin baru lawan omicron

Langkah itu adalah sebagai persediaan sekiranya vaksin sedia ada tidak mampu melawan jangkitan yang disebabkan oleh varian berkenaan.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata, pihaknya sudah memulakan ujian vaksin sedia ada terhadap Omicron dengan kemungkinan menunjukkan vaksin sedia ada ‘kurang berkesan’.

 

“Kesemua ujian yang dilakukan berkemungkinan menunjukkan vaksin sedia ada ‘kurang berkesan’, sekali gus kita perlu menghasilkan vaksin baharu yang lebih menyeluruh,” katanya.

Selain itu, pil antiviral keluaran Pfizer yang didakwanya berfungsi merawat jangkitan disebabkan mutasi varian, juga katanya mampu melawan Omicron. Pil tersebut terbukti berkesan mengurangkan kemasukan ke hospital atau kematian hampir 90 peratus.

 

Dalam perkembangan sama, Johnson & Johnson (J&J) juga memaklumkan mereka ‘berusaha hasilkan vaksin khusus untuk Omicron’.

 

Sumber: [1]