Bagi mengekalkan kesihatan pada tahap yang baik, amalan pemakanan yang betul merupakan salah satu tips berkesan bagi kita.
Antara petua pemakanan yang boleh mengekalkan tahap kesihatan individu adalah dengan menggunakan bawang putih.
Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan. Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, membaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
Portal Hello Doktor turut menyenaraikan beberapa kelebihan bawang putih seperti:
1. Bawang putih mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat
2. Bernutrisi tetapi mempunyai kalori yang sedikit
3. Melawan kesakitan termasuklah selesema
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Kelebihan bawang putih memperbaiki tahap kolesterol
6. Bawang putih mengandungi antioksidan
7. Prestasi atlet boleh dipertingkatkan
.
Menerusi perkongsian oleh Siti Raudzah, beliau menceritakan khasiat dan cara mengamalkan bawang putih dalam pemakanan hariannya.
PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI APABILA BANGUN TIDUR
Sudah tiga hari saya amalkan makan tiga biji bawang putih bakar ini setiap pagi sebelum sarapan.
Masalah sakit kaki apabila bangun daripada tidur yang saya hadapi sudah pulih sekarang. Kalau tidak sebelum ini, nak pijak lantai apabila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dahulu baru rasa lega.
.
Tapi sekarang bangun sahaja, terus boleh jalan laju. Petua ini diberi oleh seorang rakan, hampir setahun dia amalkan. Badannya juga saya tengok cantik, perut kempis sahaja.
.
BANYAK KHASIAT LAIN
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu, bawang putih ini dapat mencegah sel-sel kanser.
.
Cara-caranya:
Ambil tiga ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam tiga minit dengan api yang kecil.
Selepas itu makan terus isinya sahaja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.
Selamat mencuba!
Sumber: [1], [2]