Petisyen Keluarkan Amber Heard Dari Aquaman Cecah 3 Juta Tandatangan

Petisyen dalam talian yang meminta pelakon Amber Heard, bekas isteri pelakon Johnny Depp, dikeluarkan daripada sekuel Aquaman yang akan datang telah mendapat sambutan hangat.

petisyen keluarkan amber heard dari aquaman cecah 3 juta tandatangan

Bilangan tandatangan pada petisyen Change.og yang telah lama wujud dan dimulakan pada 2020, melepasi sasaran awalnya sebanyak 3 juta pada Isnin, 2 Mei lalu, dengan sasaran baru kini diletakkan pada 4.5 juta tandatangan.

Lonjakan itu berlaku ketika Heard dan Depp bertarung di mahkmah dalam kes fitnah yang bermula pada April.

Pelakon Pirates of the Caribbean berusia 58 tahun itu menyaman Heard, 36, sebanyak AS$50 juta berhubung kolum yang ditulisnya untuk The Washington Post pada Disember 2018 yang mana dia menggambarkan dirinya sebagai “tokoh awam yang mewakili penderaan domestik”.

Heard telah menyaman balas AS$100 juta, mengatakan Depp memburuk-burukkannya dengan menggelarnya penipu.

Apabila butiran menarik dari perkahwinan mereka didedahkan kepada umum bilangan tandatangan meningkat sebanyak satu juta sejak minggu lalu, walaupun penggambaran telah pun selesai di Aquaman and the Lost Kingdom pada bulan Januari.

Heard, yang berperanan sebagai Puteri Mera dalam filem hit Aquaman 2018 bertentangan dengan Jason Momoa, memainkan semula peranannya sebagai kekasih Aquaman dalam sekuel yang akan datang, yang akan dikeluarkan pada Mac 2023.

Bagaimanapun, menurut pengkritik filem Grace Randolph, yang menulis tweet pada Khamis lalu (28 April), Heard mempunyai kurang dari 10 minit masa tayangan dalam Aquaman 2.


Sumber: [1]