Peserta Acara Larian Maut Dipanah Petir

Seorang peserta acara larian maut akibat dipanah petir semasa acara itu berlangsung. Mangsa dilaporkan berusia 55 tahun.

peserta acara larian maut dipanah petir

Menurut Metro UK, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kawasan pegunungan di Greece.

Sementara itu, seorang lagi peserta berusia 56 tahun ditemui cedera parah dan dikejarkan ke hospital terdekat.

Kejadian itu dikatakan terjadi ketika kumpulan peserta menyertai acara perlumbaan Enam Puncak yang melibatkan beberapa lokasi tertinggi di Gunung Falakro, utara Greece.

Kesemua peserta itu berada pada ketinggian kira-kira 1,341 meter  semasa petir menyambar Tambah laporan itu, cuaca cerah ketika perlumbaan bermula, namun kemudian bertukar kepada hujan lebat.


Sumber: Kosmo