Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam, Mungkin Hentam Sebuah Motosikal [Video]

Sebuah pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam sebentar tadi.

 

Kemalangan itu juga dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

 

 

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini sedang dalam proses menyelamat di tempat kejadian.

 

Dipercayai, pesawat dengan model yang dipercayai Fouga CM-170 Magister itu dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya dan terhempas kira-kira jam 2:49 pm (17 Ogos)

pesawat terhempas di elmina, shah alam, mungkin hentam sebuah motosikal [video]

 

Sumber video: Kosmo!