Pesawat Ringan Terhempas Dekat Kapar, Klang, Saksi Nampak Letupan di Udara [Video]

Sebuah pesawat ringan dilapor terhempas di kawasan kebun kelapa sawit dekat Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Klang, petang tadi (13 Feb).

pesawat ringan terhempas dekat kapar, klang, saksi nampak letupan di udara [video]

Insiden yang berlaku pada jam 1.56 petang itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamay Selangor. Namun perincian jumlah mangsa dan punca kejadian masih belum diketahui.

 

Menurut seorang saksi, terdapat letupan mengakibatkan serpihan komponen pesawat itu melayang di udara, sebelum ia terhempas.

pesawat ringan terhempas dekat kapar, klang, saksi nampak letupan di udara [video]

“Baru berlaku kapal terbang meletup di udara dan terhempas, di kawasan Tok Muda. Serpihan letupan masih bertembangan di udara,” kata saksi menerusi Tiktok @annaimkamal.

 

@annaimkamal Baru berlaku kapal terbang kecel meletup di udara dan terhempas.. area Tok muda.. Serpihab letupan masih berterbangan di udara #kapalterbangterhempas #tokmuda ♬ original sound - annaimkamal

 

Sumber: Astro AWANI / Tiktok / Kosmo!