Pesawat Buat Pendaratan Cemas Gara-Gara Ada Penumpang Tercirit Atas Kapal

Sebuah pesawat Delta Airlines dari Atlanta ke Barcelona terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas ada penumpangnya mengalami cirit-birit.

pesawat buat pendaratan cemas gara-gara ada penumpang tercirit atas kapal

Kejadian berlaku selepas dua jam pesawat itu berlepas dari Georgia ke Sepanyol, pada 1 September lalu.

 

Menurut laporan, menara kawalan trafik udara telah menerima mesej daripada juruterbang yang memaklumkan mereka berdepan dengan kejadian kecemasan.

pesawat buat pendaratan cemas gara-gara ada penumpang tercirit atas kapal

“Kami mempunyai penumpang yang mengalami cirit-birit sepanjang perjalanan,” demikian menurut juruterbang itu.

pesawat buat pendaratan cemas gara-gara ada penumpang tercirit atas kapal

Insiden ini disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan dan menjadi tular menerusi media sosial Reddit.

 

“Penumpang cirit-birit di merata tempat dalam pesawat,” tulis pengguna Reddit itu.

 

 

Penumpang lain yang berada dalam pesawat turut menggambarkan bahawa kejadian itu sangat di luar jangkaan.

 

 

Difahamkan, najis penumpang berkenaan turut berada di sepanjang lorong dalam pesawat. Malah, tuala penyerap digunakan disepanjang lorong pesawat serta tempat yang terjejas dengan najis penumpang berkenaan.

 

@maceycharboneau @Barstool Sports @New York Post | News ♬ original sound - maceycharboneau

 

Kejadian itu menimbulkan trauma kepada penumpang pesawat lain, dan tidak dapat dipastikan keadaan penumpang yang mengalami cirit-birit itu sama ada dia sudah pulih atau sebaliknnya.

 

Sumber: Twitter / Tiktok