Ditipu ‘Lee Min-Ho’ Palsu, Pesara Guru di Kelantan Rugi RM225,000

Seorang guru wanita dari Machang, Kelantan telah mengalami kerugian RM225,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai artis K-pop, Lee Min-Ho.

ditipu ‘lee min-ho’ palsu, pesara guru di kelantan rugi rm225,000

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Supritenden Mohd Adli Mat Daud, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas mangsa berusia 74 tahun membuat laporan.

 

Mangsa dikatakan mengenai suspek melalui Facebook sejak tahun 2022 dan berhubung dengannya melalui inbox.

 

Suspek yang memperkenalkan diri sebagai artis Korea Selatan dengan nama Lee Min Ho, telah memberitahu mangsa yang dia memerlukan wang bagi satu kes perbicaraan di mahkamah.

ditipu ‘lee min-ho’ palsu, pesara guru di kelantan rugi rm225,000

Mangsa yang terpedaya telah membuat pemindahan wang pada Oktober hingga Disember tahun ini sebanyak enam transaksi berjumlah RM225,000.

 

“Mangsa telah melakukan pindahan wang sejak Oktober hingga Disember tahun ini berjumlah RM225,000. Sebanyak enam transaksi dibuat di sebuah bank disini.

“Namun menyedari telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis,” kata beliau.

 

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis juga sedang giat mengesan suspek.

 

Sumber: Sinar Harian