Lepas Dua Tahun, Pesakit COVID-19 Ini Dapat Semula Deria Rasa dan Bau, “Sebak Tengok..”

Wabak COVID-19 yang melanda dunia beberapa tahun lalu nyata telah membuatkan ramai antara kita terkesan.

 

Seorang wanita berusia 54 tahun yang dijangkiti wabak COVID-19 telah berdepan dengan masalah deria bau dan rasa selepas beliau disahkan dijangkiti virus itu.

lepas dua tahun, pesakit covid-19 ini dapat semula deria rasa dan bau, “sebak tengok..”

Namun siapa sangka, selepas dua tahun menghidap COVID-19, beliau akhirnya pulih dan kini dapat menghidu dan merasa semula minuman kopi.

 

Jennifer Henderson, 54, telah kehilangan deria bau dan rasa kerana COVID yang lama, kini dapat merasai kopi sekali lagi untuk kali pertama dalam 2 tahun.

lepas dua tahun, pesakit covid-19 ini dapat semula deria rasa dan bau, “sebak tengok..”

Beliau kembali pulih selepas menerima rawatan dari Klinik Cleveland oleh pakar, Dr Christina Shin.

 

“Terdapat kaitan antara sistem saraf kita dan sistem imun.

“Dengan menyuntik anestetik dan menyekat sementara aktiviti neuron di kawasan ganglion stellate, kita mungkin mengganggu tindak balas tidak normal ini.

“Pesakit bertindak balas secara berbeza dan ada yang tidak sama sekali. Tetapi bagi kebanyakan orang, kesannya nampak kekal lama dan mengubah hidup,” demikian menurut Dr Christina.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NowThis (@nowthisnews)

 

Dalam video yang dikongsikan oleh laman Now This News, rata-rata warganet turut sebak melihat reaksi wanita itu yang terharu kerana kini sudah boleh mempunyai kedua-dua derianya kembali selepas dua tahun hidup tanpanya.

 

 

Sumber: Instagram