Perut Buncit Sebenarnya Lebih Bahaya Berbanding Obes!

Perut yang buncit adalah salah satu ciri yang boleh dilihat pada segelintir lelaki mahupun wanita sama ada muda mahupun yang sudah berusia.

perut buncit sebenarnya lebih bahaya berbanding obes!

Ia terjadi disebabkan pelbagai punca, seperti gaya pemakanan yang buruk, kurang bersenam dan juga tidak menguruskan stres dengan baik.

 

Ramai juga beranggapan, individu yang kurus dengan berat normal namun ada perut yang buncit adalah sihat, tapi sebenarnya ia tidak benar sama sekali. Malah, mereka yang buncit ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah kesihatan, jika dibandingkan dengan mereka yang obes.

perut buncit sebenarnya lebih bahaya berbanding obes!

Perkara ini disahkan oleh pakar perubatan Kanada, Dr. Paul Poirier daripada Institute of Cardiology di Laval University, yang menerangkan lemak perut adalah sejenis lemak yang jahat dan buruk. Ia menjadi risiko kepada beberapa masalah kesihatan negatif, antaranya kadar kolesterol yang tinggi, keradangan, penyakit jantung, serangan strok dan juga diabetes jenis 2.

 

Menurut Dr. Paul lagi, jika kita mempunyai lemak yang banyak di sekitar perut, ia sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak di pinggang dengan jumlah yang sama.

 

Antara komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan penyakit perut buncit pula ialah:

  • Diabetes jenis 2
  • Asma
  • Penyakit jantung
  • Serangan strok
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Demensia
  • Kanser kolon
  • Kanser payudara

 

Pun begitu, obes juga boleh mendatangkan banyak risiko masalah kesihatan, yang akhirnya turut memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada individu yang mengalaminya.

 

Jadi untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi, anda dinasihatkan untuk mengubah gaya pemakanan seperti elak makanan bergula, tinggi kandungan lemak dan kurang bernutrisi. Bersenam sudah semestinya dapat membantu anda menyingkirkan lemak pada perut, dan juga kurangkan stres serta dapatkan tidur yang berkualiti.

 

Dapatkan nasihat doktor dan mereka yang pakar berhubung tahap kesihatan anda.

 

Sumber: Hello Doktor