Lebih separuh daripada pengguna TikTok dilaporkan terdiri daripada Generasi Z, yang mana kebanyakan daripada jumlah tersebut ialah wanita Gen Z.
Memetik laporan Astro Awani, 70 peratus wanita berumur 13 hingga 19 tahun menggunakan TikTok berbanding 49 peratus lelaki berumur 13 hingga 19 tahun.
Turut tidak ketinggalan, wanita Milenial juga dilihat sebagai golongan pengguna yang ramai berbanding lelaki dari generasi sama.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TikTok menjadi tempat di mana remaja perempuan mencipta kemasyhuran dengan mencipta video tular.
Antaranya termasuklah Charli D’Amelio, Bella Poarch dan Addison Rae.
Menurut seorang penyelidik media seperti mana yang dilaporkan portal Y Pulse, ‘girl culture’ berleluasa di TikTok sekaligus mengubah hidup gadis biasa kepada selebriti dengan ratusan ribu pengikut dalam masa beberapa hari.
Ia berikutan platform tersebut mengubah ‘budaya’ perkara yang mereka lakukan sebelum ini seperti menari dalam bilik tidur, bergurau senda dengan rakan-rakan dan sebagainya, yang selama ini dilakukan secara tertutup, bertukar menjadi tontonan seluruh dunia.
Setakat April 2022, TikTok telah mencatatkan lebih 1 bilion pengguna aktif.
Sumber: [1]