Peraturan Baru Larang Orang Ramai Berjalan Masa Guna Eskalator

Orang ramai kini dilarang berjalan ketika menggunakan eskalator di bandar Nagoya, Jepun, bagi tujuan keselamatan serta untuk mengelakkan kemalangan.

peraturan baru larang orang ramai berjalan masa guna eskalator

Peraturan baharu itu telah pun mula berkuatkuasa pada Ahad lalu, selepas banyak insiden melibatkan penggunaan eskalator dilaporkan terjadi beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Kebiasaannya, individu yang mahu berjalan atas eskalator akan berada pada sebelah kanan, manakala mereka yang mahu kekal statik berdiri di sebelah kiri.

 

Namun selepas peraturan itu dikuatkuasa di bandar Nagoya, orang ramai kini hanya dibenarkan untuk berdiri diam dan tidak dibenarkan untuk berjalan atau memotong mereka yang berada dihadapan semasa menggunakan eskalator.

peraturan baru larang orang ramai berjalan masa guna eskalator

Ia dikuatkuasa pada pengguna eskalator di stesen kereta api dan kemudahan lain di bandar tersebut. Bagaimanapun, tiada sebarang denda hukuman penalti dikenakan andai ada yang melanggar peraturan terbabit.

 

Nagoya bukanlah bandar pertama yang melaksanakan peraturan ini kerana pada Oktober 2021, wilayah Saitama juga pernah melakukan peraturan yang sama.

 

Sumber: The Japan Times