Peraturan Gol Tempat Lawan Tidak Lagi Digunakan – UEFA

Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan peraturan gol tempat lawan tidak lagi digunakan dalam mana-mana pertandingan di bawah anjuran organisasi itu untuk musim 2021/2022.

peraturan gol tempat lawan tidak lagi digunakan – uefa

Peraturan gol tempat lawan yang diperkenalkan sejak 1965 untuk perlawanan timbal balik di peringkat kalah mati jika kedua-dua pasukan terikat dengan agregat.

 

Bermaksud, jika pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol lebih banyak di tempat lawan, maka kemenangan akan berpihak pada pelawat jika skor terikat seri dengan agregat.

peraturan gol tempat lawan tidak lagi digunakan – uefa

Namun begitu, menurut UEFA jurang kemenangan tuan rumah dan pasukan pelawat semakin mengecil termasuklah jumlah gol yang dijaringkan di laman sendiri dan di tempat lawan.

 

"Peraturan gol di kandang lawan telah menjadi bahagian penting dalam pertandingan UEFA sejak ia diperkenalkan pada 1965.

"Namun, usaha memansuhkannya telah diperdebatkan dalam pelbagai pertemuan UEFA dalam beberapa tahun terakhir ini. Walaupun ia bukanlah sebulat suara tetapi kebanyakan jurulatih, peminat dan pihak berkepentingan dalam bola sepak ini mempersoalkan kewajarannya dan telah menyatakan pendirian mereka untuk memansuhkan peraturan ini.

"Peraturan ini bertentangan dengan tujuan asalnya hingga menghalang pasukan tuan rumah -- terutama dalam pertemuan pertama - daripada melancarkan asakan sebab bimbang akan melepaskan gol yang boleh memberi kelebihan kepada seteru mereka.

"Ia juga dikritik kerana tidak adil terutama pada waktu tambahan yang mewajibkan pasukan tuan rumah meledak dua gol sebaik pelawat mencetak gol," kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, dalam satu kenyataan.

 

Dengan ini, maka Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Persidangan Europa yang baru serta Liga Juara-Juara Wanita kini bebas daripada peraturan gol di tempat lawan.

 

Sumber: Astro AWANI