Penyelidik Cipta Alat Suntikan Tanpa Jarum, Khas Buat Si Penakut Jarum

Berita gembira buat mereka yang takutkan jarum hingga menyebabkan mereka tidak mahu mengambil suntikan vaksin, sekumpulan penyelidik kini sedang membangunkan alat suntikan tanpa jarum yang dikenali sebagai ‘Bubble Gun’.

penyelidik cipta alat suntikan tanpa jarum, khas buat si penakut jarum

Alat berkenaan yang dibangunkan diharapkan dapat meredakan ketakutan serta mendorong golongan takut jarum untuk mendapatkan suntikan vaksin.

 

Bubble Gun menggunakan laser bagi menolak titisan kecil melalui lapisan luar kulit.

 

Proses menggunakan laser ini dikatakan lebih pantas daripada gigitan nyamuk, malah penerima juga langsung tidak merasa sakit kerana hujung saraf dalam kulit tidak akan disentuh. Bagaimanapun proses ini memerlukan kajian lebih lanjut.

penyelidik cipta alat suntikan tanpa jarum, khas buat si penakut jarum

"Kita melakukannya (suntikan) dengan mempercepat (proses) titisan cairan kecil yang menembusi lapisan kulit dan kaedah ini mempunyai banyak kelebihan.

"Yang pertama dapat menghilangkan rasa takut.

"Selain itu, kita sering terdedah kepada benda asing disebabkan jarum yang digunakan dan sistem imun tubuh kita berfungsi dengan sangat baik apabila kita menyuntik ke atas lapisan kulit yang dangkal ini," katanya.

 

Ciptaan itu memerlukan masa satu hingga tiga tahun sebelum ia boleh digunakan dalam masyarakat, namun ia bergantung kepada kemajuan kajian dan isu berkaitan perundangan.

 

Golongan yang takut kepada jarum juga dikenali sebagai trypanophobia.

 

Sumber: [1]