Hospital Musnah, Penyakit Berjangkit Kini Merebak Dalam Kalangan Kanak-Kanak Gaza

Wabak penyakit berjangkit kini dilapor mula merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk Gaza, terutamanya golongan kanak-kanak selepas hampir semua sistem penjagaan kesihatan di negara itu musnah akibat serangan rejim zionis Israel.

hospital musnah, penyakit berjangkit kini merebak dalam kalangan kanak-kanak gaza

Menurut laporan, rakyat Palestin kini terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan dengan cuba bertahan tanpa keperluan asas seperti tempat berlindung.

 

Disebabkan kekurangan bekalan asas seperti makanan dan peralatan kebersihan dan juga air yang kotor, maka wabak penyakit kini mula menular dalam kalangan masyarakat di sana.

hospital musnah, penyakit berjangkit kini merebak dalam kalangan kanak-kanak gaza

Menurut pakar, beribu-ribu lagi nyawa akan terkorban akibat penyakit terutama wabak jika gencatan senjata tidak dicapai menyebabkan bantuan kemanusiaan tidak sampai ke wilayah itu.

 

Terdahulu, Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu yang mana telah mengorbankan lebih 25,000 rakyat Palestin dengan lebih 62,000 lagi cedera.

 

Sumber: Astro AWANI