Di Tokyo, Penunggang Basikal Bakal Berdepan Saman Trafik

Menurut laporan akhbar The Maniachi semalam, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo umum hukuman yang lebih tegas daripada sebelum ini bagi empat salah laku penunggang basikal kerana peningkatan kes kesalahan lalu lintas di Tokyo. 

Peraturan yang telah berkuatkuasa akhir Oktober lalu, penunggang basikal juga akan dikenakan saman trafik jika pengunggang didapati melanggar lampu isyarat, tidak berhenti seketika di kawasan tertentu, melawan arus atau berbasikal secara laju di kaki lima.

Hal ini kerana berlakunya Insiden membabitkan penggunaan basikal yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo. 

Data polis menunjukkan ia menyumbang sehingga 46.6 peratus dalam angka kemalangan tahun ini setakat akhir September lalu.

Pada 2021 yang lalu, Jepun melaporkan 21,906 kes berbasikal secara haram dan 359 kematian akibat kemalangan basikal. Sekitar lebih 75 peratus kes itu melibatkan kematian, pelanggaran peraturan dan mengabaikan lampu isyarat.

Tambahan lagi, penunggang basikal yang dikenakan dua saman dalam tempoh tiga tahun perlu menghadiri kursus berbasikal yang yang disediakan oleh pihak polis, di mana mereka perlu membayar sebanyak 6,000 yen (RM196) untuk sesi tersebut. 

Penunggang basikal yang gagal mengikut arahan pula akan di saman sehingga 50,000 yen (RM1,636).

Pesalah juga boleh dikenakan hukuman jenayah walaupun kadar pendakwaan akibat saman hanya sekitar satu hingga dua peratus. 

Sumber: Kosmo