Penumpang Wanita Dirakam Cuba Buka Pintu MRT Yang Bergerak [Video]

Seorang penumpang wanita telah dirakam cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) yang ketika itu sedang bergerak.

penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]

Menerusi video tersebut, wanita yang tidak dikenali itu dilihat cuba membuka pintu MRT yang melakukan perjalanan di laluan Utara-Selatan.

penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]

Ekoran kejadian terbabit, beberapa penumpang lain dalam kereta api itu kedengaran menjerit supaya meminta wanita tersebut berhenti melakukan perbuatan itu.

 

@mothershipsg When station staff entered the train to investigate, the commuter was "uncooperative" and even turned "aggressive", said SMRT. #sgnews #mrt #tiktoksg ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) - LEOPARD

 

Menurut Presiden SMRT, Lam Sheau Kai berkata, kakitangan MRT dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1 tengah hari pada Rabu lalu.

 

Ujarnya, kakitangan SMRT yang memasuki tren berkenaan untuk menyiasat punca kejadian tidak diberikan kerjasama oleh wanita terbabit, selain dia turut berkelakuan agresif.

penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]

Ekoran itu, pihak polis dipanggil untuk mengawal stesen berkenaan sebelum membawa wanita terbabit untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Asia One / Mothership