Penjual Durian Sado Tak Pakai Baju Dekat Terengganu Ditegur Jabatan Agama

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video dan foto lelaki berbadan sasa yang dilihat sedang menjual durian di Kampung Baru, Seberang Takir dekat Terengganu.

penjual durian sado tak pakai baju dekat terengganu ditegur jabatan agama

Aksi lelaki itu nyata telah mengundang pelbagai reaksi berbeza dari netizen di negara ini.

penjual durian sado tak pakai baju dekat terengganu ditegur jabatan agama

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tampil menegur lelaki itu supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya di khalayak awam.

 

Ujar Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah) JHEAT, Zahari Sulong berkata tindakan lelaki itu boleh mengundang fitnah meskipun beliau telah menutup auratnya.

 

"JHEAT berpandangan apa yang ditularkan itu (video) tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh tempat kerana ia mengundang kepada fitnah.

"Netizen-netizen dan orang ramai akan bercakap mengenai perkara tersebut yang tidak elok walaupun beliau tutup aurat, tetapi bila berdepan (berada) di tempat orang awam tak sepatutnya lah dia menunjukkan badan seperti itu.

"Betul lah kalau dia kata dah tutup aurat dengan memakai seluar, tetapi sepatutnya semua kita kena jaga. Kena tutup aurat 'comel', 'molek' sebab kita mahu jaga imej dan maruah diri sendiri. Daripada situ, Insya-ALLAH, akan ada limpahan rezeki kepada setiap orang ang mencari rezeki halal," katanya.

 

Tambahnya lagi, JHEAT buat masa ini hanya mengambil pendekatan menegur dan memberi nasihat, namun belum mengambil sebarang tindakan tegas berhubung perbuatan lelaki itu.

 

Ujarnya lagi, terdapat undang-undang yang boleh disabitkan atas kesalahan mendedahkan tubuh di tempat awam iaitu di bawah Seksyen 35, Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Terdahulu, video yang menunjukkan aksi lelaki menjual durian itu telah mendapat jumlah tontonan yang tinggi hingga ratusan ribu di Tiktok.

 

Sumber: Sinar Harian