Semua Penjawat Awam Terima Bonus RM2,000 Mulai Hari Ini

Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000, hari ini (23 Feb).

semua penjawat awam terima bonus rm2,000 mulai hari ini

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, minggu lalu.

 

"Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," kata beliau.

semua penjawat awam terima bonus rm2,000 mulai hari ini

Ujarnya, insentif itu dapat meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

 

Sumber: BH