Penjawat Awam Perak, Ketua Kampung Terima Bonus Raya RM1,000

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, kerajaan negeri Perak berbesar hati mengumumkan bantuan khas raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.

 

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, bantuan khas itu akan diberi kepada semua penjawat awam negeri Perak termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, pekerja sambilan harian dan juga ketua kampung di seluruh negeri.

penjawat awam perak, ketua kampung terima bonus raya rm1,000

“Ia babitkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sumber: Kosmo!