Bulan Ramadan, Penjawat Awam Di Pahang Kerja Hingga Jam 12.30 Tengah Hari Tiap Jumaat

Sempena dengan bulan Ramadan ini, penjawat awam di negeri Pahang dibenarkan untuk bekerja sehingga jam 12.30 tengah hari setiap Jumaat.

bulan ramadan, penjawat awam di pahang kerja hingga jam 12.30 tengah hari tiap jumaat

Menurut kenyataan media YAB Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, penetapan waktu bekerja itu adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

 

Ujarnya, penetapan ini adalah turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

bulan ramadan, penjawat awam di pahang kerja hingga jam 12.30 tengah hari tiap jumaat

Sumber: Instagram