Semua Penjawat Awam Perlu Lengkapkan Program ‘AI Untuk Rakyat’

Semua penjawat awam perlu melengkapkan program pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’, bagi memastikan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi termaju.

semua penjawat awam perlu lengkapkan program ‘ai untuk rakyat’

Demikian menurut satu surat edaran bertarikh 17 Jan 2024 bertajuk Pelaksanaan Program AI Untuk Rakyat Dalam Kalangan Penjawat Awam yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

 

Ujarnya, surat itu terpakai untuk semua penjawat awam di peringkat kementerian, jabatan, agensi Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa berkanun Persekutuan, pihak berkuasa berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

 

"Penglibatan penjawat awam dalam program 'AI Untuk Rakyat' dilihat berupaya meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam.

"Laporan penyertaan program 'AI Untuk Rakyat' di peringkat organisasi masing-masing hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi melalui e-mel radin.hambali@ekonomi.gov.my.

"Sesalinan laporan itu juga hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui e-mel johanna.zainal@jpa.gov.my,” demikian menurut surat edaran itu.

Program ‘AI Untuk Rakyat’ adalah satu program pembelajaran secara maya yang terbuka untuk semua rakyat Malaysia, dan mereka yang melengkapi program itu akan memperoleh lencana ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’.

semua penjawat awam perlu lengkapkan program ‘ai untuk rakyat’

Sumber: Sinar Harian / Astro AWANI