Buat pengguna kenderaan, pernahkah anda melihat kereta diatas jalanraya yang menggunakan lampu berwarna atau ‘strobe light’, dan menyangka ia adalah kereta polis mahupun ambulans, sebaliknya hanya kereta persendirian?
Penggunaan ‘strobe light’ oleh kenderaan persendirian dipercayai adalah bagi mengelirukan pengguna jalanraya lain dengan tujuan memintas atau memotong kenderaan lain dengan lebih cepat pada satu-satu laluan. Ia merupakan satu kesalahan menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan “Strobe Light” pada kenderaan persendirian boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 138, Keadah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jika disabitkan kesalahan, pemandu itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM2,000.
Menurut Kaedah 24, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalu Lintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan (Priority Over Traffic).
Sumber: PDRM