Penjara dan Denda RM15,000 Jika Lumba dan Potong Secara ‘Zig-Zag’ – PDRM

Lumba haram, juga dikenali sebagai lumba jalanan, merupakan satu fenomena yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita. Aktiviti ini melibatkan perlumbaan tidak sah di jalan raya dan memberikan ancaman serius bukan sahaja kepada individu itu, malah kepada pengguna jalan raya lain.

penjara dan denda rm15,000 jika lumba dan potong secara ‘zig-zag’ – pdrm

Memetik kenyataan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), aktiviti berlumba atau memotong secara “zig-zag” boleh dikenakan hukuman kerana ia melanggar undang-undang dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Akta itu memperuntukan penjara sehingga lima tahun dan denda tak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 jika individu itu disabitkan dengan kesalahan.

 

Malah, jika pemandu itu memegang lesen memandu percubaan (P), maka lesen pemandu atau penunggang itu boleh dibatalkan.

penjara dan denda rm15,000 jika lumba dan potong secara ‘zig-zag’ – pdrm

“Bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda minimum RM10,000, maksimum RM20,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun,” demikian menurut PDRM.

 

Terdahulu, satu kemalangan berlaku di kilometer 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) Arah Seremban pada Selasa, 11 Julai, melibatkan sekumpulan penunggang motosikal yang bersaing sesama sendiri hingga mengakibatkan seorang daripada mereka maut dan lima lagi parah.

penjara dan denda rm15,000 jika lumba dan potong secara ‘zig-zag’ – pdrm

Sumber: PDRM / BH