Boleh Kena Penjara 6 Bulan Jika Eksoz Bunyi Bising

Mengubah suai eksoz kenderaan sehingga mendatangkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam adalah menjadi satu kesalahan.

boleh kena penjara 6 bulan jika eksoz bunyi bising
 
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemilik kenderaan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 103, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) jika didapati bersalah melakukan pengubahsuaian eksoz yang menyebabkan bunyi bising dan menganggu ketenteraman.

boleh kena penjara 6 bulan jika eksoz bunyi bising
 
Malah, menurut PDRM lagi jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM2,000.

boleh kena penjara 6 bulan jika eksoz bunyi bising

Tambah lagi, aktiviti mengubahsuai eksoz juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna itu sendiri kerana dikhuatiri berlakunya pelepasan atau kebocoran gas beracun ke dalam kenderaan.


 
Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )