Penjaga Gol Turki Disahkan Maut Akibat Bencana Gempa Turkiye-Syria

Penjaga gol Turki, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan maut akibat kejadian gempa bumi yang melanda negara itu.

penjaga gol turki disahkan maut akibat bencana gempa turkiye-syria

Perkara itu dimaklumkan kelabnya, Yeni Malatyaspor dalam satu hantaran awal pagi tadi.

 

"Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan kehilangan nyawanya selepas berada di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.

"Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik," kata kelab itu di Twitter.

 

 

Kehilangan Ahmet turut diratapi bekas pemain sayap Crystal palace dan Everton, Yannick Bolasie.

 

“RIP untuk saudara Eyup Ahmet Turkaslan.

"Takziah saya ucapkan kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Mendukacitakan mendengar dan berharap kami semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan,” menurut Bolasie.

 

Menurut laporan, seramai 5,894 orang disahkan maut di Turkiye manakala 1,932 individu terbunuh di Syria, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 7,826 kematian.

 

Sumber: BBC