Polis Tawar Diskaun Saman 50% Hingga 11 April

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM memaklumkan pengurangan kompaun sehingga 50 peratus bermula 25 Mac lalu, sehingga 11 April 2021.

polis tawar diskaun saman 50% hingga 11 april

Menerusi ‘Kempen Bayar Saman’, pengurangan sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih boleh diperolehi melalui portal dan juga aplikasi MyBayar Saman.

polis tawar diskaun saman 50% hingga 11 april

Kedua-dua portal dan juga aplikasi ini baru sahaja dilancarkan bulan lalu bagi memudahkan proses dan urusan semak dan pembayaran saman berkaitan dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

polis tawar diskaun saman 50% hingga 11 april

Pengguna hanya perlu membuat pendaftaran di portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei App Gallery.

 

Disitu, pengguna boleh melakukan semakan dan pembayaran saman secara atas talian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.

 

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )