Pengundi Positif COVID-19 Perlu Hadir Di Pusat Mengundi Dua Jam Sebelum Tamat Tempoh Undi – KKM

Bahang Pilihanraya Negeri ke-15 (PRN-15) di enam buah negeri kini semakin terasa.

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos (Sabtu) ini bakal melibatkan 9,773,571 pemilih layak mengundi.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi pengundi-pengundi positif COVID-19 yang masih berada dalam tempoh isolasi keluar mengundi, mereka akan menerima mesej daripada aplikasi MySejahtera mulai 10 Ogos hingga 12 Ogos, memaklumkan mengenai keperluan pengundi mengubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau petugas kesihatan berdekatan pusat mengundi sebelum mereka datang ke pusat mengundi.

pengundi positif covid-19 perlu hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh undi – kkm

“Tujuan pemakluman ini adalah untuk memastikan petugas kesihatan di daerah terlibat dapat bersiap sedia dalam pengurusan pesakit COVID-19 di pusat mengundi,” demikian menurut kenyataan KKM.

 

Untuk itu, pengundi positif COVID-19 hendaklah hadir di pusat mengundi dua (2) jam sebelum tamat tempoh mengundi di pusat mengundi. Ia adalah bagi mengurangkan risiko percampuran dengan pengundi-pengundi lain.

 

“Pengundi COVID-19 positif juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam dan dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa di pusat mengundi melainkan semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka ketika di tempat mengundi,” tambah KKM lagi.

 

Manakala bagi pengundi yang sedang menerima rawatan di hospital, mereka dibenarkan untuk discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat patuh kepada prosedur ditetapkan.

pengundi positif covid-19 perlu hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh undi – kkm

Sumber: KKM