Lebih 70 Juta ‘Pelarian’ Baru Tiba Di Telegram Lepas Facebook Buat Hal

Awal pagi Selasa baru-baru ini, rangkaian media sosial popular di dunia iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram dilaporkan mengalami gangguan hingga menjejaskan hampir 2.7 bilion penggunanya serata dunia.

lepas lebih 6 jam, facebook, whatsapp & instagram kembali pulih

Gangguan yang berlarutan hingga hampir 6 jam telah menyebabkan pengguna media sosial itu mula beralih arah kepada alternatif yang lain seperti Telegram dan Twitter.

 

Menurut pemilik Telegram, Pavel Durov berkata, beliau mengalu-alukan lebih 70 juta ‘pelarian’ daripada platform lain dalam satu hari.

lebih 70 juta ‘pelarian’ baru tiba di telegram lepas facebook buat hal

“Kadar pertumbuhan harian Telegram melampaui norma dengan kadar yang besar, dan kami menyambut lebih 70 juta pelarian dari platform lain dalam satu hari.

“Saya bangga dengan bagaimana pasukan kami menangani pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana Telegram terus bekerja dengan sempurna untuk sebahagian besar pengguna kami,” kata beliau.

 

Disebabkan pertambahan luar biasa itu, pengguna Telegram khasnya di kawasan Amerika mungkin mengalami sedikit masalah berkaitan trafik yang membuatkan aplikasi itu menjadi sedikit perlahan.

lebih 70 juta ‘pelarian’ baru tiba di telegram lepas facebook buat hal

Durov dan saudaranya Nikolai telah membangunkan Telegram pada 2013, sebagai pesaing kepada WhatsApp yang kini dimiliki oleh syarikat Facebook.

 

Sehingga kini, Telegram sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif bulanan dan 55.2 juta pengguna aktif setiap hari. Ia menjadi pilihan ramai pengguna kerana menyediakan fungsi permesejan yang lebih lancar dan ringan berbanding WhatsApp.

 

Sumber: [1]