Hampir Separuh Pengguna Kereta Elektrik Mahu Kembali Guna Petrol – Kajian

Kereta elektrik atau lebih disebut sebagai EV merupakan kenderaan yang mesra alam kerana ia menggunakan bateri yang boleh dicas semula untuk jarak perjalanan tertentu.

hampir separuh pengguna kereta elektrik mahu kembali guna petrol – kajian

Meskipun menjimatkan kos bahan api, satu kajian mendapati hampir separuh pengguna EV sedia ada dalam pertimbangan untuk kembali menggunakan kereta jenis petrol.

 

Kajian dibuat S&P Global Mobiliti mendapati tiga perempat daripada pemilik kenderaan elektrik akan membeli kereta berkuasa bateri lain. Namun jumlah itu jatuh kepada kira-kira separuh apabila pemilik Tesla dialih keluar daripada statistik.

hampir separuh pengguna kereta elektrik mahu kembali guna petrol – kajian

Secara purata, hanya 52.1% sahaja isi rumah yang mempunyai kenderaan elektrik berkemungkinan akan kembali membeli EV untuk pembelian seterusnya, sama ada sebagai kereta kedua atau sebagai pengganti.

 

Bagaimanapun angka itu meningkat kepada 72.6% apabila angka pemilik Tesla disertakan, bermaksud kira-kira separuh daripada pemilik EV mempertimbangkan untuk menukar kembali kereta kepada petrol atau diesel untuk kenderaan mereka seterusnya, melainkan jika mereka mempunyai Tesla.

 

Apa kata anda?

 

Sumber: S&P Global