Lebih Selamat, Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Guna Face atau Touch ID

Aplikasi media sosial popular, TikTok kini telah menambahkan satu lagi langkah keselamatan akaun, dengan pengguna iOS kini boleh mengaktifkan akses kunci lalai (passkey), yang membolehkan mereka log masuk ke aplikasi itu menggunakan pilihan pengesahan biometrik pada peranti, seperti Face atau Touch ID.

lebih selamat, pengguna ios kini boleh log masuk tiktok guna face atau touch id

Fungsi ini akan mengurangkan kebergantungan pada kata laluan berdasarkan teks, membolehkan lebih banyak keselamatan, dan menghadkan keupayaan untuk penceroboh mencuri maklumat atau profil pengguna dalam aplikasi itu.

 

Seperti yang dijelaskan oleh TikTok:

 

"Pengesahan kunci lalai berfungsi dengan menggunakan teknik kriptografi kunci awam. Untuk log masuk, pengguna memulakan pengesahan kunci dengan mengesahkan identiti mereka kepada Apple Face atau Touch ID. Aplikasi yang menggunakan kunci lalai, termasuk TikTok, tidak dapat mengakses atau memproses sebarang data biometrik yang digunakan dalam proses pengesahan pada peranti iOS, dan semua data pengesahan biometrik kekal dalam peranti pengguna."

lebih selamat, pengguna ios kini boleh log masuk tiktok guna face atau touch id

Ini adalah cara yang lebih baik untuk memastikan akses yang terlindung, yang mudah digunakan dan lebih sukar untuk ditembus atau diceronoh.

 

Bagaimanapun, buat masa ini hanya pengguna iOS yang dapat menggunakan fungsi seperti ini.

lebih selamat, pengguna ios kini boleh log masuk tiktok guna face atau touch id

Selain daripada akses kunci lalai, TikTok juga telah mengumumkan bahawa ia menyertai The FIDO Alliance, perkongsian siber antarabangsa yang berdedikasi untuk membangunkan dan menggalakkan standard pengesahan untuk mengurangkan kebergantungan pada kata laluan.

 

Ini adalah inisiatif yang baik, yang akan memperkuatkan keselamatan TikTok, dan membantu pengguna melindungi maklumat akaun mereka.

lebih selamat, pengguna ios kini boleh log masuk tiktok guna face atau touch id

Dalam pada itu, TikTok menyatakan bahawa pengguna iOS di Asia, Afrika, Australia, dan Amerika Selatan akan menjadi yang pertama mendapat akses kepada pengaktifan kunci lalai dalam aplikasi mereka, sebelum ia diperluaskan lagi ke semua kawasan di seluruh dunia.

 

Sumber: Tiktok Newsroom