Pengguna Aplikasi X Tak Boleh ‘Block’ Follower Lain Walaupun Tak Suka Orang Tu

Sejak Elon Musk memiliki Twitter yang kini disebut juga sebagai X, banyak perkara telah diubah beliau, termasuk nama, logo dan fungsinya.

pengguna aplikasi x tak boleh ‘block’ follower lain walaupun tak suka orang tu

Terbaharu, ada laporan mengatakan Elon bercadang untuk membuang ciri ‘Block’ atau sekat orang lain daripada mengikuti akaun X para penggunanya.

 

Menerusi hantaran di Twitter, Elon berkata fungsi ‘Block’ akan dipadam daripada featur yang ada, kecuali untuk permesejan terus atau Direct Message (DM).

pengguna aplikasi x tak boleh ‘block’ follower lain walaupun tak suka orang tu

Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ‘Block’ ini akan dibuang daripada platform X, namun rata-rata pengguna X tidak berpuas hati dengan keputusan itu, sambil berharap ia tidak akan berlaku.

 

Apa pun sama-sama kita nantikan keputusan lanjut dari X atau dari Elon Musk sendiri.

 

Kredit: Twitter