Penggiat Podcast di Malaysia Terima Pengiktirafan Pada Malam ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’. Tahniah!

Penggiat podcast di Malaysia dan kisah inspirasi mereka diiktiraf di ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ yang berlangsung pada 8 Disember 2023, di AICB Centre of Excellence (ACE), Kuala Lumpur.

penggiat podcast di malaysia terima pengiktirafan pada malam ‘anugerah podcast syok 2023’. tahniah!

Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan undian daripada rakyat Malaysia untuk podcast-podcast kegemaran mereka menerusi laman rasmi SYOK dari 30 November hingga 4 Disember 2023 Disember 2023.

 

Pemenang 'Anugerah Podcast SYOK 2023' untuk lima kategori utama dan dua kategori khas merangkumi pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

penggiat podcast di malaysia terima pengiktirafan pada malam ‘anugerah podcast syok 2023’. tahniah!

Sebagai tambahan, SYOK Podcast Bahasa Tamil ‘RAAGAvil Marma Desam’ menerima anugerah Malaysia Book of Records untuk ‘Most Tamil Horror Podcast Downloaded In A Year’ dengan memperolehi 5,598,484 muat turun di platform podcast tempatan.

penggiat podcast di malaysia terima pengiktirafan pada malam ‘anugerah podcast syok 2023’. tahniah!

Pemenang dinilai berdasarkan ketulenan, keunikan, penceritaan, jumlah pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses pencalonan. Rakyat Malaysia telah menentukan pemenang untuk kesemua lima kategori utama serta dua kategori khas yang juga menerima penilaian daripada pihak juri-juri profesional.

 

Selain malam penganugerahan, majlis ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ turut mengadakan seminar ‘SYOK Talk’, yang berlangsung di sebelah petang. Seminar ini membincangkan topik berkaitan podcast dan menampilkan wakil-wakil pemain industri podcast termasuk ‘Producing Podcast’ oleh Haiqal dan Syafa (Thinker Studio) dan Hakimi (SYOK); ‘Storytelling in Podcasts’ oleh Sudirman Tahir, Gheeta dan Yasmin (podcaster); ‘Audio Editing’ oleh Andrew (Astro Radio) dan ‘Santosh Logandran’ (Komposer); dan ‘Advertising in Podcasts’ oleh Priya Dharshini (Astro Radio) dan Stanley Lim (SYOK).

penggiat podcast di malaysia terima pengiktirafan pada malam ‘anugerah podcast syok 2023’. tahniah!