Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan bandaraya terbesar di negara ini.
Menjadi pusat pembangunan yang menempatkan pelbagai tarikan utama, KL telah ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa dan satu-satunya bandar raya global di Malaysia menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).
Sudah semestinya KL akan menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Sama juga dengan seorang pengembara dari Amerika Syarikat ini yang memilih KL sebagai salah satu destinasi pelancongannya.
Apa yang menarik adalah, pengembara itu memuji kecantikan negara ini dan ramahnya rakyat Malaysia. Beliau turut berkata KL adalah jauh lebih selamat dan lebih moden jika dibandingkan dengan bandar New York.
Dalam video yang dikongsikan menerusi Tiktok, pengembara itu turut menyeru sesiapa sahaja yang menganggap Malaysia sebagai negara dunia ketiga untuk datang sendiri menikmati kecantikan dan keunikan negara ini.
“Saya menggesa orang ramai yang menggelar Malaysia sebagai negara dunia ketiga untuk datang melawat, terutamanya rakan-rakan Amerika saya. Ia adalah penerbangan yang sangat panjang, tetapi sangat berbaloi,” demikian menurut beliau.
Tonton video disini:
Sumber: Tiktok