Penduduk Panik Dengar Bunyi Tembakan di Puchong Prima, Polis Sahkan Suspek Maut [Video]

Seorang lelaki dilapor maut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota polis di Puchong Prima, Puchong, pada petang Ahad.

penduduk panik dengar bunyi tembakan di puchong prima, polis sahkan suspek maut [video]

Menurut laporan, pada awalnya penduduk setempat panik selepas terdengar bunyi tembakan itu, menyebabkan kebanyakkan mereka bertempiara lari serta menjerit.

 

Saksi dari sebuah kediaman berdekatan turut berjaya merakamkan insiden itu memperlihatkan individu lelaki tersebut melepaskan tembakan ke arah polis sambil melarikan diri dari lokasi kejadian.

 

 

Video berdurasi 39 saat itu turut menjadi tular di media sosial.

 

@sinarharianonline Seorang lelaki mati ditembak dalam kejadian di Puchong Prima, Subang Jaya, petang tadi. Satu klip video yang tular di media sosial memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan. Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada jam 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes berkenaan. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Tembak #Mati ♬ original sound - Sinar Harian

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan mempunyai tujuh rekod jenayah, enam rekod kesalahan narkotik dan satu rekod dikehendaki polis.

 

Ujarnya, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima sekitar jam 3.49 petang Ahad, 14 Jan 2024.

 

"Individu yang mempunyai maklumat boleh juga menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan video tersebut yang mana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat," katanya.

 

Sumber: Majoriti