Penduduk Ketakutan Bila Lebih 65,000 Kilat Berlaku Dalam 24 Jam!

Ribuan penduduk di Australia Selatan berdepan detik mencemaskan apabila lebih 65,000 kilat direkodkan berlaku dalam tempoh 24 jam pada Rabu (7 Jun).

penduduk ketakutan bila lebih 65,000 kilat berlaku dalam 24 jam!

Menurut laporan, bencana itu telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu berdepan dengan bekalan elektrik terputus kesan daripada ribut petir yang melanda.

 

Setakat jam 6 pagi hari kejadian, lebih 10,000 rumah dan perniagaan di bandar Adelaide dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik.

penduduk ketakutan bila lebih 65,000 kilat berlaku dalam 24 jam!

Hujan lebat mula berlaku antara jam 9 hingga 10 malam pada Selasa dan 3 hingga 3.30 pagi pada Rabu.

penduduk ketakutan bila lebih 65,000 kilat berlaku dalam 24 jam!

Menurut Jururamal kanan dari Biro Meteorologi, Mark Anolak berkata, kejadian ribut itu adalah yang terburuk pernah terjadi, namun bersyukur kerana ia bersifat sementara.

 

"Kita akan mengalami cuaca cerah sebelum hujan dan ribut petir berlarutan.

"Kebanyakan aktiviti telah bergerak ke arah timur. Kita jangkakan ribut petir dan hujan di kawasan Adelaide selepas tengah hari," katanya lapor News Corp Australia.

 

Sumber: HMetro