91 Peratus Isi Rumah di Gaza Tidur Dalam Keadaan Lapar – Laporan WFP

Konflik yang melanda bumi Gaza bukan sahaja menyebabkan kehancuran harta benda, malah puluhan ribu nyawa telah terkorban.

91 peratus isi rumah di gaza tidur dalam keadaan lapar – laporan wfp

Terbaharu, laporan oleh Program Makanan Dunia (WFP) mendedahkan bahawa 91 peratus isi rumah di Gaza tidur dalam keadaan lapar, manakala 63 peratus lagi tidak makan selama beberapa hari.

 

Penilaian itu dibuat hanya semasa gencatan senjata kemanusiaan dari 24 hingga 30 November lalu sebelum ia diterbitkan minggu lepas.

 

WFP berkata lagi mereka berdepan situasi sukar untuk menyediakan makanan dan bantuan berkaitan kepada penduduk Palestin ketika perang antara Israel dan pejuang Hamas makin memuncak.

91 peratus isi rumah di gaza tidur dalam keadaan lapar – laporan wfp

Sejak peperangan mula tercetus pada 7 Oktober lalu, Semenanjung Gaza hanya mempunyai satu lintasan yang dibuka untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di wilayah Palestin itu.

 

Tambah WFP lagi, keadaan kekurangan makanan adalah lebih buruk di utara berbanding selatan Gaza, yang mana ada penduduk terpaksa makan makanan mentah untuk mengatasi kelaparan.

 

Lebih buruk, kekurangan gas memasak menyebabkan mereka kini terpaksa bergantung kepada kayu api dan sisa kayu, sekaligus meningkatkan risiko penyakit pernafasan.

 

Sumber: WFP / Kosmo!